Selasa, Mei 06, 2014

Dzikir Cinta


HANYA SEDIKIT SAHAJA ORANG YANG BERSYUKUR ...

Bismillah ... 

"Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba' [34]: 13)

Nikmat yang patut kita syukuri secara terperinci adalah:

1. NIKMAT KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

Hidup itu nikmat dan mati pun nikmat. Kita faham dan mengerti bahawa hidup itu nikmat tetapi fahamkah kita bahawa mati juga merupakan nikmat?

Mati dikatakan nikmat kerana jika kita tak mati-mati kita akan penat, bilakah kita akan dapat upah. Allah hanya tunjukkan upah kepada apabila kita mati (Bagi yang syukur). Bila mati dalam husnul khatimah, kubur dilapangkan, jika bakal penghuni syurga, syurga ditunjukkan. Jika nak lihat semua itu mesti kena mati. Nikmat kepada yang hidup pula ialah dunia tidak menjadi sempit kerana manusia baru dilahirkan. Jika tak matii-mati penuhlah dunia dengan manusia. Rumahpun makin sempit. SUBHANALLAH .. begitulah aturan Allah subhanahu wa ta'ala.

Dalilnya ada dalam surah al-Baqarah [2] ayat 28:

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

“Bagaimana kamu tergamak kufur (tidak syukur/mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).” (Al-Baqarah [2]: 28)

2. NIKMAT HIDAYAH /PETUNJUK 

Tidak semua orang boleh mempercayai keagungan Allah, begitu juga kerasulan nabi-nabi dan juga bukan semua orang percaya bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wasallam adalah Nabi dan Rasul terakhir. Jika tidak, tidak adalah Rasul Melayu dll sebelum ini dan mungkin akan ada lagi mengaku nabi. Tidak semua orang percaya Al-Quran … ada yang percaya namun tak sepenuhnya … masih mengambil hukum-hukum sendiri. ALLAH HANYA akan beri hidayah kepada orang-orang yang terpilih. Maka BERSYUKURLAH!!!

Dalilnya dalam surah al-Baqarah ayat 185 di hujungnya:

وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“ … dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. “ (Al-Baqarah [ 2 ]:185)

3. NIKMAT PENGAMPUNAN ALLAH

Allah Maha Pengampun. Maka apabila berdosa mohonlah ampun. Tentang Allah Al-Ghaffar, Allah Al-Ghaffur dan Allah Ghafir.

Allah memberi pengampunan kepada sesiapa yang mahu memohon ampun bahkan yang tak memohonpun Allah ampunkan seperti dalam kisah Bani Israel yang ditinggalkan oleh Nabi Musa alaihisallam selama 40 hari, mereka menyembah patung anak lembu. Belumpun mereka memohon ampun Allah dah ampunkan. Kisah ini diceritakan dalam surah al-Baqarah:

ثُمَّ عَفَوْنَا عَنْكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah [2 ]: 52)

Maka mohonlah ampun kepada Allah Yang Maha Pengampun dan ingatlah pesan Nabi, janganlah orang-orang Mukmin dipatuk ular dua kali di tempat yang sama.

4. NIKMAT PANCAINDERA


وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl [16] : 78) 

Kita dianugerahkan oleh Allah nikmat pendengaran, penglihatan dan akal. Kadang-kadang kita terlepas pandang. Masa kita dilahirkan kita menangis dan orang-orang sekeliling kita bergembira. Hendaknya masa kita meninggal nanti kita bergembira dan orang sekeliling kita menangis dan bukan bergembira. Maksudnya hendaklah nanti bila kita mati; kita bergembira kerana menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa dan orang-orang sekeliling kita menangis kerana kehilangan kita bukan suka kita mati disebabkan kita ni menyusahkan mereka (semoga dijauhkan).

Mensyukuri nikmat deria ini; hendaklah gunakan mengerjakan amal soleh, yang ikhlas, menggembirakan orang-orang sekeliling, banyakkan memberi manfaat bukan menyusahkan. Kita diberi pancaindera, bersyukurlah!!!

5. KEMERDEKAAN

Kita tidak lagi ditindas tidak seperti orang-orang dahulu, sesama mereka tertindas dan menindas. Bila merdeka, kita boleh tentukan halatuju kita sendiri.

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ وَجَعَلَكُمْ مُلُوكًا وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِنَ الْعَالَمِينَ

“Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Dia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya) dan Dia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun daripada umat-umat (yang ada pada masa itu).” (Al-Maidah [ 5 ]: 20)

Maka apabila ada kebebasan, kemerdekaan, gunakan pemikiran yang betul menetapkan halatuju masing-masing. Allah beri kebebasan memilih sama ada hendak masuk ke syurga atau neraka. Allah dah bagi segala nikmat yang patut disyukuri. Maka gunakanlah semaksima yang mungkin.

6. NIKMAT NIKMAT YANG ALLAH NYATAKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN

Surah Ar-Rahman yakni surah ke 55 ada 78 ayat. 31 daripadanya Allah bertanya: 

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”

31 kali bukanlah satu jumlah yang sedikit. Secara mudah, surah ini menyebutkan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Menurut seorang ahli tafsir yang mengkaji surah ini; dia mengatakan bahawa pertanyaan Allah ini adalah bertujuan nak minta/dapatkan pengakuan daripada manusia dan jin dengan berkata; "SEMUA NIKMATMU BENAR! YA ALLAH! tidak ada satupun nikmatMu yang dapat kami dustakan".

PERINCIAN bagi 31 ayat-ayat itu ialah 8 KALI daripadanya berkaitan dengan nikmat kehidupan di dunia (Langit, bumi, tumbuh2an, pengajian, pekerjaaan dan lain-lain). 7 KALI berkaitan dengan ancaman siksa di akhirat (memberitahu apa jenis siksa agar kita hindari) 8 KALI berkaitan dengan yang ada di syurga pertama (syurga dunia) yakni ketenangan, kebahagiaan, keredhaan berlainan dgn 8 yang mula mula tadi berkaitan dengan material. Dan 8 TERAKHIR berkaitan dengan nikmat di syurga kelak.

Kaitan dengan syukur ialah apabila kita pandai bersyukur kepada nikmat pada 8 KALI yang PERTAMA kita akan tidak tertimpa 7 BENCANA yang disebut dalam 7 KALI yang berikutnya.

"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."(Saba' [34] : 13)

( Subhanallah || Semoga Bermanfaat & Silahkan Di Share )

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa atuubu Ilaik

Tidak ada komentar:

Posting Komentar